Coklat gelap mengandungi lebih 65% koko. Namun kandungan ini tidak terdapat di dalam coklat yang terdapat di pasaran seperti Skittles dan Gummy Bears. Coklat gelap mempunyai rasa yang cukup istimewa disebabkan oleh kandungan kokonya yang tinggi. Semakin tinggi nilai peratusan koko di dalam coklat gelap semakin tinggi jugalah nilai nutrien yang dikandung. Ramai mengatakan coklat mengandungi lemak yang banyak, namun kurang yang tahu bahawa lemak di dalam coklat / koko amat diperlukan oleh manusia kerana ia merupakan lemak sihat atau lemak tepu (saturated fats). Lima fakta penting mengenai 'dark chocolate' yang perlu anda tahu:
- Kajian membuktikan coklat gelap dapat membantu menurunkan tekanan darah.
- Hasil kajian juga menunjukkan coklat gelap mampu menurunkan kolesterol jahat (LDL)
- Mampu membangkitkan rasa ghairah.
- Mengandungi serotonin yang merupakan penggalak perasaan semulajadi (anti-depressant)
- Mendorong penghasilan endorphin

